PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU

Satu kajian kes telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Hasil kajian telah mendapati faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Harap kawan-kawan semua dapat memberi pandangan mengenai kes ini.

Alamat URL :
http://www.docstoc.com/docs/18317480/PENGGUNAAN-KOMPUTER-DALAM-PENGAJARAN-PEMBELAJARAN-DI-KALANGAN-GURU

11 Comments:

  1. ROSMAINI BINTI MOHAMAD said...
    salam...

    sblm tu..nk tnya, Fadhilah ambik major apa?

    betul salah satu faktor yg mmpengaruhi pnggunaan komputer dlm proses p&p ialah sokongan organisasi. masalah skrg organisasi tmpt kita mgjr mmg mykg pggunaan ict ni namun kekangan kewangan membantutkan segalanya...ada tak inisiatif lain?
    Siti Nurfadhilah Abdul Ghani No Matrik : 202125 said...
    Salam...
    saya ajar subjek matematik..
    Mengikut beberapa artikel dan kajian yang saya pnah baca, penggunaan komputer dalam P&P sgt membantu dalam meningkat pencapai akademik pelajar.. tp mcm Rosmaini ckp, disebabkan faktor kewangan sek kita tidak menyediakan kemudahan komputer yang mencukupi..jd guru2 tidak dapat menggunakan multimedia sebagai ABM untuk membuatkan p&p lebih menarik..sepatutnya pihak tertentu mengambil tahu keperluan yang diperlukan sekolah..
    Noor Hazella Bt Mohd Nor 202084 said...
    hi ct.... pada pdpt sy, penggunaan komputer dlm p&p amat penting, tp hasrat tersebut tidak akan tercapai sekiranya kita hanya bercakap2 sahaja,jangan jadikan kekangan kewangan sebagai alasan utama walaupun sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang banyak, tetapi guru2 perlu mencari inisiatif sendiri. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan satu rumah satu komputer. Ditambah pula dengan longgokan notebook di pasaran yang rata2nya mampu untuk kita milikinya,( kalau tak mampu beli yg brand new, 2nd hand pun ada) jadi saya rase tidak mustahil guru2 dapat menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk kita aplikasikan kepada anak didik kita.hal ini kerana komputer bukan lagi satu kehendak tapi sebagai keperluan. Di zaman yang serba canggih ini ruang horizon kita juga perlu bergerak seiring dengan putaran tamudan dunia tanpa sempadan.
    wassalam
    marzila.mdyunus said...
    Hi, ct! Bagi saya sebagai guru sains sememangnya penggunaan ict dlm konsep p&p amat penting untuk menyahut cabaran ke arah wawasan 2020. Iaitu kearah kemajuan dan kemodenan globalisasi. tetapi malang bagi kita sebagai guru akedemik yang mengajar di sekolah menengah ugama (arab) ini kerana masa pengajaran yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk merealisasikan penggunaan komputer di dalam P&P. Masa pengajaran terpaksa dibahagi-bahagikan kepada subjek-subjek lain yang banyak termasuk subjek agama dan arab.Jadi masa pengajaran untuk subjek sains yang diperuntukkan hanya cukup untuk mengejar bagi menghabiskan silibus yang ada.
    noor hasnani (202093) said...
    Salam, bagi saya la... penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat wajar kerana bersesuaian dengan peredaran masa yang serba canggih.Proses pengajaran dengan menggunakan ict perlu mengambil masa untuk menyiapkan bahan contohnya dalam power point tetapi proses pembelajaran agak menarik kerana dapat memasukkan grafik-grafik yang berkaitan dengan pelajaran.
    nik normawati 202263 said...
    Salam...Saya bersetuju dengan pendapat yang di utarakan oleh penulis jurnal ini,kerana kita lihat kebanyakan guru mempunyai seribu alasan untuk tidak menggunakan komputer dalam p&p,kebanyakannya tidak mahu menyusahkan diri mereka dengan pengajaran tersebut walaupun ia penting pada era globalisasi ini.Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang telah di jalankan iaitu ada guru yang mengatakan tidak pandai,tidak berminat,tidak bersedia dan berbagai alasan lagi.Semua ini dapat diatasi sekiranya para guru mempunyai kesedaran dan keazaman untuk membimbing anak bangsa menjadi orang yang berilmu sesuai dengan cabaran masa kini..
    azizawati said...
    ASKUM,..
    pada pendapat saya faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. guru-guru perlu bersedia menerima penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat melahirkan generasi yang celik komputer. Ini bagi melahirkan generasi yang akan datang tidak kekok dengan perkembangan teknologi.Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.jadi pelbagai usaha bagi mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.
    Ct-HaLwaNi (202163) said...
    salam..hi fadhilah..
    Bagi saya penggunaan komputer dalam P&P adalah sesuatu yang baik sbg langkah utk melahirkan generasi yang celik IT selari dengan era globalisasi ini.
    nazrah said...
    satu Fakta hasil kajian saintifik yg menarik dan amat membantu kita didalam penggunaan computer
    cikgu,teacher,ustazah said...
    salam Lah,

    Memang tak dinafikan penggunaan bahan pengajaran seperti komputer amat penting dalam pangajaran dan pembelajaran di dunia globalisasi dewasa ini. walau baagaimanapun, tidak semua guru berkemampuan untuk menggunakan komputer di sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. sebagai contoh sekolah di kawasan pedalaman atau di sekolah gred C (macam sekolah bantuan kita ler), pelajar-pelajarnya tetap memerlukan guru mengajar secara tradisional. Guru itu perlu mencari teknik atau kaedah yang ringkas tanpa menggunakan teknologi atau komputer. Tambahan pula, kekangan kewangan meyebabkan kebanyakkan sekolah tidak mampu untuk meyediakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
    ikahcorner.blogspot.com said...
    saya sangat bersetuju penggunaan komputer sebagai alat yang penting dalam P&P pada amsa sekarang. Guru tidak lagi perlu menggunakan cara asal sekadar bergantung kepada papan putih, sebaliknya slide LCD yang terkini demi menarik minat pelajar. Pihak sekolah dan kerajaan sendiri telah menyediakan 1001 kemudahan untuk setiap sekolah. oleh yang demikian, tiada alasan untuk para guru tidak menggunakan kemudahan teknologi masa kini. Terima kasih

Post a Comment